Selasa, 14 Julai 2009

pilu..

Asal je blog aku berunsur ilmiah, korang kate boring... T_T

Syurga Cinta dalam kehidupan kita

tengok cerita ni,SYURGA CINTA.. dah agak lama kuar tapi belum season lagi. aku yang tak minat cerita cinta ntahpape kuliah cinta la ape la tiba2 jatuh cinta dengan cerita ni. jalan cerita sama je macam dalam novel cinta. tapi oleh sebab pelakon lelaki dia comel sangat, maka aku cadangkan kawan2 perempuan agar ramai2 menonton. mudah2an dapat suami kaya alim ensem ahaks!!! dahlah merapu lak aku. ok apa yang nak disampaikan di sini ialah mesej yang ada dalam cerita ni. kalau perempuan menjaga tingkah laku, mesti semua lelaki yang berkenalan dengan dia akan jadi ikhlas. kalau perempuan tu sopan, mesti orang akan senang dengan dia. aku pikir seribu kali satu*hek eleh* susahnya nak kembali ke pangkal jalan T_T sinaopsis? mana bleh! cukuplah setakat aku katakan, lelaki2 kaya liar ni cuba nak mempermainkan sorang perempuan, pikat sampai dapat then cukup masa tinggalkan terkulat2. tapi diorang salah pilih. diorang pilih pompuan ala ustazah so terpikatlah betul2, dah xade main2 dah. cukup masa game over, si jantan ni dah gelabah puyuh. ye la, hati dah sayang sangat tapi nanti malu pulak dengan kawan2 yang bet sama ko tu.hakhak!! tapi cerita ni terlalu khayalkhayalan ar. ada lagi ke orang zaman sekarang yang camtu? ada ke yang setiap kali nak bertutur mesti selang dengan hadis bagai pastu ada je nasihat yang kadang2 aku rasa macam hipokrit pun ada jugak kan? entahlah. nak berangan boleh la.. papepun, try la tengok cerita ni. nak nangis T_T

Isnin, 13 Julai 2009

pokok mangga(Mangifera indica)

REFER : Agro- pertanian Ramai yang tak amek port sangat pada program buku hijau kali ni sebab semua benda memang dah terhidang depan mata. tak perlu nak pikir macam mana nak siram pokok nadir. tak perlu tanam, just tolong jaga aje. tapi sepatutnya kalau korang betul2 nak jadi usahawan, mane la taw kot2 bidang ternakan haiwan korang tak berapa nak menjadi, boleh jugak la korang mencuba dalam bidang pertanian ni kankan?? belog kita kali ini akan membawa anda menyusuri ceh.... ape ar! ok akan bawak korang more explaination pasal buah mangga ni. apa yang patut korang lakukan and apa keuntungan dia. Baiklah, mangga ni dekan cakap nama fofuler die ada mangifera indica, merupakan buah yang ada di hutan tropika.(iklim tropika,bukan cuma boleh didapati di dalam hutan aje. law macam tu tak makan la korang.) dats mean Malaysia, UPM merupakan tempat yang sesuaiiii untuk penanaman mangga. ok mengarut kalau korang tak kenal macam mana rupa dia, setuju tak kalau aku cakap mangga ni lagi glamer daripada Johny Depp? oklah entah2 ada lagi antara korang yang tak kenal buah mangga kot. senang aje, bentuk dia bujur, ada sesetengah yang berbentuk bulat. Kalau masak, ada yang kulit warna kuning, ada jugak yang hijau. depends pada saiz dia membesar la kan. biasanya mangga Siam yang warna kuning kulitnya tu :) macam gadis siam gak..huhuhuhu..bau dia wangi, gerenti lapar kalau hidu kankan... ok. kalau tengok saiz pokok mangga yang besar tu, mesti korang ingat dia amek masa sampai sepuluh tahun untuk membesar kan? hehehe aku pun tak pasti la.. tapi yang penting mangga ni cepat tumbuhnya berbanding buah - buah lain(tak termasuk tembikai!) untungnya lagi, dahlah jangka hayatnya lama, lepastu dia akan berbuah secara berterusan sapanjang hayatnya. memang boleh buat duit la kan. macam kat UPM ni, kan dah macam ada ladang gitu, aku tak tau la tapi yang aku tau kalau nak tanam banyak2 biasanya kaedah cantuman akan dilakukan sebab masa dia nak membiak cuma dalam masa 3 - 5 tahun je. jangka waktu macam tu pun dia dah berbuah. ok paling penting, sekali dia berbuah tu, dalam setahun memanjang tu dia akan berbuah. bayangkan betapa banyaknya buah mangga yang korang akan dapat!!! $$$$pp.. Dari segi tanah plak, pokok mangga boleh hidup dalam pelbagai jenis suasana tanah. tapi kesuburannya lebih kepada tanah yang mempunyai p.H sekitar 5.5-7.5.. macam kulit kita jugak!! amboi die.. and lagi satu, pokok mangga jugak sangat menjadi apabila ditanam di kawasan yang kering bersuhu 24 - 30 darjah celsius.huhuhu!!! kerana itu akan membuahkan buah yang amat manis ye rakan2. Tempat yang selalu ada ladang mangga
  • Kedah
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
Ini kerana kawasan utara agak panas dan kering berbanding kawasan lain di Malaysia. tapi... macam xada aje kat Sarawak ni?? kenapa en?? hhuhu... Negara yang suka sangat mangga Malaysia
  • Singapura
  • Brunei
  • Indonesia
  • China
secara tak lansungnya, tak pasal2 dengan bisnes mangga je, kerajaan Malaysia dah untung RM5 juta melalui kegiatan ekspot mangga ni. so korang apa lagi?? Produk mangga
  • Jus mangga
  • Serbet
  • Jem, jeli
  • jeruk
  • halwa
yang lain, boleh buat sambal, kek, puding dan sebagainya. KENALI MANGGA
Nama BentukBeratWarnaTSS (%)Tekstur dan rasa buah
HarumanisOvat oblong (segi empat memanjang dan membulat)350-550gKulit hijau gelap dengan sedikit warna kuning pada bahu buah dan isinya warna oren kuning16-17%Halus, manis, beraroma
MasmudaOvat oblong (segi empat memanjang dan membulat)400-500gKulit dan isi kuning14 -15%Pejal, halus, manis, sedikit beraroma
MAHA 65Oblong (segi empat memanjang)500-600gKulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning pucat14 -15%Halus, manis, sedikit beraroma

Ahad, 12 Julai 2009

pasangan ditangkap bawah pokok mangga!!

salam semua kawan2ku yang tersayang. dah seminggu kita start our new life sem 3, senior n macam2 lagilah kan. aku sebenarnya dah malas nak update belog ni tapi memandangkan ramai kawan2 yang bertanya so aku gagahkan diri jugak untuk mengupdate.(ceh padahal tulis belog xpayah guna tenaga sangat).. bukan ape, ada la masalah2 yang xdapat diselesaikan yang membuatkan aku hilang mood untuk membelog.hehehe.. antara soklan yang femes:
  • Apsal masa cuti ko x membelog?

J: sebab masa cuti tak ada aktiviti budak DKHP yang dijalankan bersama. (Tapi aku taw apa aktiviti korang. makan dan makan ar ape lagi)

  • Apsal xde orang komen belog ko?

J: Sebab korang malas komen ar!!

dah 2 soklan je cukup.. ok balik jer hari tu, rasa lega sebab dapat jumpa semula kawan2 tersayang(Ada yang aku btol2 sayang dan ada yang aku memang "sayang". korang benci aku? 2 masalah korang k!) huhuhu.. mulut aku memang macam cekale semenjak balik bercuti. bukan aku nak cakap ayah aku ajar aku bermulut laser tapi aku rasa mulut aku, aku punya suka lah kankan?

jadual kuliah untuk sem ni amatlah padat( tak padat, tapi sebab ada kelas malam so nampak macam hidup untuk blaja, makan untuk blaja, bercinta untuk blaja heh ada ker....

  • fisiologi haiwan
  • anatomi haiwan
  • prinsip pemakanan haiwan
  • statistik untuk sains haiwan dan,
  • Pengenalan kepada komputer dan pemprosesan data.

serius aku cakap, fisiologi antara subjek yang paling susah sebab banyak bendayang nak kena cover. tapi kawan - kawan aku ni bijak pandai orangnya so pada korang memang no problem kan? hope kita boleh enjoy dengan subjek kita kali ni sebab 2 semester sebelum ni kita xbrapa nak sentuh lagi hal2 veterinary ni. kalau adapun just biologi. sekarang baru kita didedahkan.

oh ye bila aku pandang entry yang aku bru je tulis tadi, aku teringat pulak kali ni program buku hijau kita dah tak main dengan sayur2 kemetot yang kalau kena langgar siput dah boleh tumbang. kali ni kita diberi dengan 6-7 pokok mangga seorang untuk dikendalikan. amatlah senang sebab pokok dah sedia besar tinggal nak jaga dan bersihkan ladang aje. tapi aku tengok pokok tu macam tak subur. sebab sepatutnya kalau batang dah besar tu pokoknya dah makin rendang. ni tak, slim and slender macam tulah jugak kan? heheheh...

pasangan ditangkap?? mana ada...aku yang ditangkap oleh penyengat ada arrr T_T...

ok geng aku ada bisnes!!! daaa