Jumaat, 24 April 2009

selamat tinggal UPMkb

huuu........ hari ni hari last aku berada di UPMkb ni. cewah ayat macam aku ni senior sem6 ja lagaknye. padahal baru nak masuk sem3. pergh xlama lagi kita akan menyambut kehadiran junior2.macamana perangai diorang nanti? kita tunggu ajelah ye. erm ada rumours mengatakan yang batch kita paling eruk? tapi mengapa? aduh persetankan aje semua tu. yang penting kita dah lakukan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. mulut orang.biarlah apa diorang nak kata. DKHP ni seronok.best macam2 lagi lah.sebab kita main dengan binatang.sapa yang cakap kucing tu hodoh memang bodoh.sapa cakap babi tu hina, dia la yang hina. kesian la babi tu. dia pun makhluk Allah. sebagai orang yang beragama Islam, kita ditegah untuk sentuh babi sebab dia ada membawa pelbagai cacing,bakteria dan sebagainya yang berbahaya kepada manusia. itu aje. so jangan takut2 untuk kaji anatomi babi ok!(sem depan kita belajar anatomi kan?)
untuk sejarah DKHP sem2, tirai untuk sem2 bakal berlabuh tak lama lagi. semua kenangan ada yang sempat diupdate dalam bentuk belog dan ada sesetengahnya korang ingat2 sendiri la. tu belum masuk bab2 serang-menyerang,show-off pandai dan bajet top lagi tu.hahaha. lupakan ajelah itu. yang penting suatu hari nanti korang semua akan ingat setiap kenangan yang pernah berlaku pada kita semua. bagi yang tak minat lansung nak melibatkan diri dalam DKHP event, sem depan try2 la jinakkan diri(termasuk arr aku,eheheh...) dengan perbagai acara yang dah di aturkan.(sapa ingat lawan sukaneka,futsal dulu sem ni ke sem lepas?)watever la. yeyeah!! esok aku akan kembali ke semenanjung yang tercinta. rindunya aku kat sane!! memang berbeza sangat2. ni belum lagi duduk Mesir,UK ke hape.baru over de sea dah macam ni punya rindu. tapi xpe sebenarnya,kehadiran teman-teman sikit2 dapat ubatkan kerinduan kat semenanjung. xpe lepas ni dapatlah jumpa gollum yang sombong tu.hahaha.. lepas tu dapatlah berbakti dengan parents.so aku xbolehla keluar rumah. flight pukul 4.10 petang.sampai area pukul petang.ahh bosan tul dalam filght tu nanti. dahlah pening mabuk semua ada..tapi xpe kejap aje.tahanlah daripada naik bas dari penang ke pahang dekat seploh jam lamanya,huhuhu... balik pulak dengan FARAH,MUZ,ROS,SAYED,DAN EZORA.macam mana lah aku nak hadapi hari osek.apatah lagi farah.hmph semoga apa yang berlaku ni memang ada hikmah disebaliknya...harap sesangat. ingat. em hadapan subjek lebih tuf.. ada yang 4jam kredit.susah woo.. fisiologi haiwan lau tak silap aku. memang susah kan subjek tu? so janganlah leka macam tahun pertama ok. kita dah makin matang sekarang. walaupun suka tengok ceria pokemon,tapi dalaman biarlah matang. jangan kalau gaduh pun sampai macam budak kecik.setel guna cara yang relevan sikit ok kawan2 ye.sebab kawan2 macam keluarga kita jugak.(padahal aku sendiri tengah bermasalah.biarlah,korang sendiri pandai menilai yang mana baik yang mana buruk ok.) erm..ok banyak lagi barang nak pack ni. nak kasi clear bilik malam ni jugak.cuma tinggalkan beberapa bantal dan pakaian last untuk hari esok aje.yang lain semua dah kena beransur simpan.waduh2... sekarang aku ada kar aras 2.sem depan aku akan duduk aras o,so barang2,kotak2 aku semua kena setel simpan kat bilik stor bawah supaya nanti senanglah nak amek,memandangkan aku balik lewat sehari.aku kesian kat budak DPH sebab terpaksa masuk hutan 2minggu untuk kem diorang.enjoy ke x, tu pada diorang sendiri la kot. tapi pada aku memang akan enjoy pon.yang tak best tu cuma masa cuti korang kena curi sikit jelah kan? xpe2.nak jadi forest ranger kenalah berani tempuh dugaan kankan??wah semangat je aku malam ni.ok aku nak sambung kerja aku ok. doakan kami selamat sampai esok.yang stay kat sini pun jaga diri elok2 ok.daa~~

geng larut malam

ni pic yang sempat di amek masa geng2 larut malam gi meronda2. yang lain..ada geng larut malam sendiri kot.huhuhuhu...

Aku dan Mimi sempat test kamera(tengah ajar pakcik guard bagaimana mengendalikan kamera digital)

Jelas kelihatan MIMI sengaja mahu menonjolkan mukaku yang terlebih gemuk dah ni.(urgh dah tau makin gemuk tapi sengaja lagi cari port makan sedap2)

~Papela INTAN~

Motor dan tuan. Ahaks Motor yang xder side mirror yang dinaiki aku dan Eika tu bukan kepunyaan kami(Itu MOTOR kesayangan Sayed!)
..Maka mula terasa rendah diri kerana Ros perli2 T_T..
Semua tersenyum puas selepas berjaya melahap nasik goreng THAI dan ABC xspecial di fc(bila orang belanja semua sedap..)

STOP!PEMERIKSAAN KESELAMATAN!!

ahhh sudah... susah woo nak amek pic nih..

perlukan kesabaran dan tahap emosi yang terkawal!!

huuu..Dari sem 1 lagi teringin nak masuk bilik ni..ada walkie-talkie sebelah tu.*hinssfff..bangga* pakcik siap pesan
"Baik2 kang tumpah air pakcik tu kang"

Alamak terkandaslah pulak minah sorang ni.

nak mintak kitorang tolong panggilkan AVANG ker???

ok perjalanan balik ke KAMPUS terchenta pun bermula.

orang yang snap pic ini hampir terbabas langgar lobang.

tapi still memberi sentuhan yang baik.ngingi!!

kelihatannya pic ini juga mendapat sentuhan seorang yang berbakat cewahh!!! huuu.. smart x dak2 kawan korang ni beraksi?

sempa lagik btl2 kan tudung beb!

heeeheee.. tengok penunggang yang berhemah hujung sekali tu

Wajah penunggang berhemah

Wajah pembonceng yang kucar-kacir

Wajah roomate dari kejauhan

japjap... ni pic bila ni??

huh layan jelah..

sila lihat wajah bangga pakcik guard apabila diajak bergambar.

kami mesra dengan staf!

Ok sekarang dah smpai parking lot.. malas lagi nak naik bilik then lepak2 kejap sambil borak2 sal macam2 la. timbul la idea nak buat game."MODEL TERLAMPAU!"

KECEWA BERCINTA TIRU MODEL HOWT ITTEW! U KNOW WHO SHE IS
KINGKONG MENGAMUK
*sape nih?*

HAMSTER KEDAUNGAN BODY BUILDER SANGAP KURA-KURA GATAL

PONDAN TAHAN KENCING *seyes aku tak tahan tengok!*

VROOMMMMM!tiutiutiu..

Baiklah. Memandangkan cuti sem dah nak bermula,so masa yang ada ni telah kami luangkan dengan bermacam aktiviti kurang berfaedah tetapi menjamin kesihatan.cewah!mula2 abis je paper EPT memang dah lega habis. Aku pulak setelkan borang balik cuti dengan En. Machop. Eheh bely pulak beliau membuat lawak sedangkan aku mane pernah bertegur sapa dengan beliau.hmph bro Bejie wat layan tak layan je setel kerja die. Tapi aku tak amek ati arr sebab orang cakap dier kalau buat kerja memang xpandang orang lain dah.ok dimaafkan!! Huuu… keje aku lepas exam abis adalah dengan membazir masa nengok citer recycle namblas kali sampai otak dah betul2 muak. Lepas tu aku tido. Yelah nak sms pakwe, pakwe merajuk pulak.(macam arr aku ader pakwe..) Malam pun menjelma,cewah.. kitorang kuar gi makan2 sampai kenyang.tapi sebenarnyer sebab seriau harga makanan mahal yaamatz. Huahuahua..padan muka engkorang nak sangat makan situ pastu bawak motor macam minah rempit kedaung. Kesian pembonceng di belakang terkulat2 jantung terlepas keluar.(MIMI).. huuu…. Lepas makan,balik la ape lagi nak buat. Lepas tu tidor.. Malam kedua ni nak celebrate last nite mimi,emma ada kat Sarawak ni.sebab 23.4 diorang dah bertolak ke semenanjung. So malam tu makan then round2 bintulu puas2,pergi waterfront tapi ramai lak mat2 indon ke ape ntah melepak citu so takut arr then merayau pergi town sekodeng kapel wat maksiat bagai huuu(Emma ada niat nak pergi kelab kitai, tapi kitorang halang dia dengan cara baik cewah..) ok round pergi medan plak pastu berangkatla ke UPM dengan berat hatinya. Wah sempat lagi ngayat pak2 gat yang jaga malam tu. Siap sakat lagi cakap ada hantu kat situ.hek eleh! Wah ada pulak pak gat ni tanya sapa orang pahang aku jawab la aku then ajak lak borak dia dulu duduk kem batu seploh unit kete kebal bagai ceh aku cakap la aku pon penah dok citu tapi aku dah wujud ke time tu ah dulik laaa…nanti balik aku tnya mak aku ye pakcik gat. Jangan kecik ati aku xdapat nak borak panjang masa dah suntuk.hehehe Sampai jer parking lot senior DKHP06 yang final yer kt situ ramai la jugak jumpa sesame diorang sebab lepastu diorang dah xdapat nak jumpa selalu. Herm takutnya nak berpisah satu hari nanti.tapi kalau berpisah dengan jembalang puaka tu aku nak sangat..hihihihiih…. tapi sampai bila?? Entahlaa..